Monday, March 7, 2011

CERITA PENDEK: Isterimu Isteriku Jua

Haliza termenung. Izat termenung. Ali termenung.

Semua termenung selepas mendengar pengakuan Haliza. Haliza telah berjaya melakukan perkara yang tidak terduga. Dia menipu Izat. Dia menipu Ali.

Ali berkahwin dengan Haliza 6 bulan yang lepas. Haliza yang perangai meliar itu pulak berjaya memikat hati Izat semasa dia ditugaskan ke luar daerah oleh majikannya.

"Liza belum kahwin lagi. Liza berkenan kat Izat" Pembohongan itu mengaburi mata Izat. Mereka berkahwin 3 bulan yang lepas.

Haliza yang bernafsu buas itu telah mencipta sejarah hitam. Sejarah hitam legam umpama najis babi yang berkulat. Wanita berkahwin dua??

Namun kenajisan perbuatannya telah dikesan secara tidak sengaja. Ali pada masa itu terjumpa sijil nikah Haliza dengan Izat. Hampir dia kepitaman. "TIDAAAAAKKKK. LIZAAAA. Mengapa...!!??"

Haliza cuma tersenyum umpama langsuir tua dan berterus terang kepada Ali "Liza gila syahwat. Liza bernafsu kuda. Liza kalau boleh nak nikah dengan semua jejaka di bumi Malaysia gemilang ini.."

Mata Ali membuntang umpama jembalang tanah. "Apaaa!!!???" Dengan penuh syahdu dia melakukan aksi karate dengan tiang rumah...

Kemudian Ali menghubungi Izat. Izat tercirit-birit di dalam seluar mendengar berita parah itu. Haliza cuma tersenyum. Dan terus tersenyum...

Haliza terus termenung. Ali terus termenung. Izat terus termenung. Mereka berdua berpandangan dan berfikir serentak "Aduh..Isteri mu isteriku jua. Mengapa???!!"

Catatan:

Haliza telah dipenjarakan akibat daripada perbuatannya yang menggila itu.

Ali pula telah disahkan gila selang berapa bulan sejak kejadian itu berlaku dan masih menerima rawatan rapi di hospital psikiatrik.

Izat pula membawa diri dan kini bermain gitar di Central Market untuk melupakan kisah hitam itu.

TAMAT:I

Thursday, August 28, 2008

LIRIK LAGU BEST

Senandung Anak Pejuang

Pada kemanisan sekuntum senyuman
ada kelunakan tutur perkataan
agar terlukis warna kerinduan
terkenang ayah jauh di rantauan

Ayah selalu tiada disisi
tinggalkan ibu menjaga kami
terkadang tiada khabar berita
namun ibu tak pernah berduka

Sesekali hati rasa cemburu
melihat teman semuanya berayah
bermanja bermesra kasih berpadu
hidup gembira tiada gundah

Tidak tertahan menanggung rasa
kepada ibu segera bertanya
kemanakah ayah sekalian lama
hingga kini belum menjelma

Ibu tersenyum di dalam sayu
senyumnya tawar tiada indah
mungkin batinnya berlagu sendu
bila anak rindukan ayah

Tiada memujuk ibu berperi
gugurnya rambut menyusun kata
ayah pergi menabur bakti
membela agama nusa dan bangsa

Mula2 dengar lagu ni mase kecik2 dulu..tapi tak ingat la bila..

tapi yang betul2 rase nak hayati lagu ni mase kami pinjam CD kumpulan Adikku Sayang, Abang Nazrey nye .. mase baru rase syahdu nyeee lagu ni..

Wednesday, August 27, 2008


Create Yours @ NackVision.com



assalamualaikum..

Ramadhan dah semakin dekat. apa persediaan kita ye? puasa dah habis ganti? bagus..bagus...klu dah habis ganti awal2 syawal tahun lepas..ada satu ilmu yang saya dapat beberapa hari lepas bahawa selepas 15 Syaaban, kita dah tak boleh nak qada' puasa.. tapi kalu nak puasa sunnat tu boleh la...ha, kene ingat tu wahai sahabiah sekalian, sebab kita ni suke sangat buat keje last minute...nak ganti puasa pun last2 minute.. kene ubah tu.. bile dah ganti awal2, nak buat puasa sunnat tu hati tenang..klu mati tiba2 pun, dah takde hutang puasa..

ini peringatan untuk diri sendiri jugak.. kadang2 kita dah ganti puasa awal2 .. tapi kadang2 kita tak pasti sama ada puasa tu Allah terima tau tak..so, kene la buat puasa ganti selalu..

harap2 puasa tahun ni dapat la puasa penuh walaupun susah nak dapat puasa penuh..al maklumla.. wanita kan..tapi kalu dapat puasa banyak dari tak puasa pun dah rase bersyukur sangat..

k la.. kita corat-coret lain kali ye..

wassalam